Tahun Baru Jepun
Tahun Baru Jepun

Tahun Baru Jepun

Masyarakat Jepun menyambut Hari Tahun Baru pada setiap 1 Januari. Asalnya, tarikh Tahun Baru Jepun (正月, shōgatsu) berasaskan kalendar lunisolar Cina dan disambut pada awal musim bunga, serentak dengan Tahun Baru Cina, Korea dan Vietnam sehingga hari ini. Pada tahun 1873, lima tahun selepas Pemulihan Meiji, Jepun menerima pakai takwim Gregory, maka hari pertama bulan Januari dijadikan Hari Tahun Baru rasmi di Jepun zaman sekarang. Tahun baru yang lama yang berdasarkan kalendar Qamari itu kini dikenali sebagai Tahun Baru Lama (旧正月 kyūshōgatsu). Sambutan Tahun Baru dihargai masyarakat Jepun sebagai salah satu perayaan terpenting yang disambut dengan dipenuhi adat yang unik sejak berabad-abad lamanya.